Monday, October 12, 2015

Bayan Nasihat Maulana Muhammad Saad (Musyawarah Malaysia di Nizamuddin 2015 -12/10/2015) II

Bismillahirrahmanirrahiim...

Seorang sahabat mengaku zina depan Nabi saw. Nabi saw palingkan wajah baginda. Berkali kali sahabat itu mengaku kesalahan dia depan Nabi saw dan berkali kali juga Nabi saw palingkan wajah baginda. Nabi dengan segera hendak tutupkan aib dia. Semasa Umar r.a bermesyuarat dgn para sahabat, ada seorang telah kentut. Umar r.a begitu marah dan kata, 'siapa yg kentut tadi? Bangun dan pergi ambil wudhu sekarang!' umar r.a berkali kali ulang perintah tersebut. Jabir r.a berbisik di sebelah Umar r.a, "wahai Umar, kalau kamu suruh dia ambil wudhu, dia akan malu. Pasti semua org mengenali dia, dan dia akan malu. Saya syorkan kamu suruh semua org ambil wudhu termasuk kita dgn itu dia akan terselamat dari malu." umar memuji syor Jabir r.a itu dan perintahkan semua org ambil wudhu. Suatu ketika ketika Nabi saw hendak mandikan jenazah, maka Umar r.a telah larang Nabi saw utk jadi imam pada solat jenazah itu kerana jenazah itu seorang yg jahat. Nabi saw telah tanya pada sahabat yg lain, "pernah kamu semua lihat jenazah ini buat apa-apa kebaikan sepanjang hidupnya?" maka seorg sahabat menjawab bahawa lelaki itu pernah mengawal keselamatan jemaah sepanjang malam dalam satu safar. Maka Nabi saw kata pada Umar r.a, "mata yg berjaga malam di jalan Allah, maka Allah haramkan api neraka ke atasnya. Wahai Umar, org yg api neraka diharamkan ke atasnya, kenapa kamu memandai mandai tentukan hukum utk dia?". Nabi saw palingkan wajah ke arah jenazah dan mula takbir. Semua para sahabat ada sifat utk menutup aib seseorang dan memaafkan kesalahan seseorang.
Walaupun usaha ini besar, kita tetap kena rasa kita ni kecil. Sewaktu Abu Bakar r.a diangkat jadi khalifah, seorang anak kecil telah kata, "dulu Abu Bakar selalu memerah susu untuk kami, skrg dia sudah jadi khalifah adakah dia ada masa utk perah susu utk kami?" Abu Bakar r.a dengar keluhan anak ini dan kata, "kekhalifahan ini tidak akan ubah sifat aku. Aku akan terus memerah susu untuk kamu wahai anak kecil" Jadi tuan-tuan yg mulia, tutuplah aib mereka yg buat kesalahan. Kita maafkanlah mereka. Ini adalah usul dalam usaha ini.
Sifat seterusnya yg perlu ada ialah melihat kebaikan dan kebolehan pada seseorang. Dan kita gunakan sifat yg ada pada mereka untuk majukan mereka dalam agama. Sifat ini penting utk usaha ini. Nabi saw nampak Umar r.a dan Abu Jahal ada kebolehan tapi mereka gunakan untuk perkara bathil. Maka Nabi saw doakan samada Umar atau Abu Jahal diberi hidayah agar kebolehan mereka digunakan utk agama. Sebab itu penting kita lihat sifat yg baik pada sahabat kita dan bantu dia majukan diri dia dengan sifat yg ada pada diri dia. Pada masa kini, kita nampak ada rakan seusaha baru yang ada sifat baik dan mula maju dengan sifat baik itu dan kita jadi hasad dengki pada kemajuan dia. Orang-orang lama dalam usaha ini tidak mahu menerima dia dan mula kata 'saya org lama, kamu masih baru lagi'. Bukan saja tidak membantu dia malah menekan dan menghalang kemajuan dia. Sepatutnya kita harus bersama dia utk majukan diri dia berdasarkan sifat unggul yg ada pada diri dia itu. Inilah sifat yg ada pada diri sahabat. Kisah seperti ini ada diceritakan dalam hayatus sahabah. Sebab itu usul besar dalam usaha ini ada dalam hayatus sahabah. Maulana suruh kita baca dan fahami hayatus sahabah dgn pemahaman yg betul. Satu hari Nabi saw kata pada sahabat, "ini adalah ahli syurga" sahabat itu ialah Saad r.a. Nabi saw kata begitu 3 hari berturut turut. Abdullah bin Auf r.a minta kebenaran dari Saad r.a utk bersama dia di rumahnya. Selama 3 malam dia dapati tiada apa-apa kelebihan pun pada Saad r.a yg boleh menjadikan dia ahli syurga. Dia pun beritahu perkara sebenar kenapa dia hendak bermalam. Maka Saad r.a kata "apa yg kamu lihat inilah kehidupan sebenar kau. Tiada amalan istimewa melainkan dalam hati aku tidak ada hasad sedikitpun terhadap kelebihan yg ada pada org Islam lain." sifat ini menyebabkan dia tergolong sbg ahli syurga. Sebab itu kita harus meraikan sifat baik yg ada pada rakan seusaha kita dan ikut bersama mereka yg ada sifat dan kelebihan yg baik ini. Ini bukan usaha pada kebolehan, ini adalah usaha pilihan Allah. Siapa yg Allah pilih dan beri kelebihan, maka kita ikutlah mereka.
Satu kisah di mana Nabi saw telah tanya pada para sahabat, "Siapa sedia ambil pedang saya ini dan tunaikan hak pedang ini seperti hak yg perlu ditunaikan?" maka Umar r.a telah bangun. Siapakah Umar? Beliau adalah org yg Nabi saw kata jika ada Nabi lagi selepas aku, pastilah Umar akan jadi Nabi. Org begini pun Nabi saw tidak beri pedang itu. Nabi saw tanya lagi soalan yg sama maka kali ini Zubair bin Awwam r.a telah berdiri. Zubair r.a ialah sepupu nabi saw. Di antara adab Nabi saw ialah tidak akan mendahulukan keluarganya di dalam sesuatu kelebihan agama sebaliknya kita sekrg jika ada di kalangan rakan seusaha kita ialah saudara kita, saudara kita dahulu yg dapat sesuatu. Nabi saw tidak beri pedang pada Zubair r.a. Nabi saw telah tanya lagi soalan yg sama utk kali ketiga. Kali ini seorang sahabat biasa bernama Abu Dujanah r.a telah berdiri. Nabi saw telah beri pedang baginda dan suruh Abu Dujanah r.a gunakan dgn sebaiknya. Maka dengan segera Zubair r.a ikut di belakang Abu Dujanah r.a utk melihat dan belajar bagaimana sahabat tersebut gunakan pedang itu dgn cara sepatutnya kerana dia yg menjadi pilihan Nabi saw utk menerima pedang baginda. Beginilah sifat para sahabat. Apa saja kebaikan yg ada pada org lain, mereka akan segera mengikuti dan mencontohi sifat itu. Sebaliknya kita sekarang, apabila diberi tugas, kita gembira. Sebaliknya apa tugas itu diberi pada orang, kita mempersoalkan dan kita akan undur ke belakang dan rasa sedih. Maulana kata orang mcm ini tidak mukhlis dalam usaha. Sepatutnya bila kita tidak dipilih, kita rasa gembira dan kita hendaklah mengikut dan belajar daripada mereka yang telah dipilih.
Utk dapat bantuan dari Allah kita hendaklah bersifat ijtimai setiap masa dan keadaan. Inilah umat. Walaupun jika ada di kalangan kita mereka yg doanya maqbul, mereka yg telah lama berkorban utk agama, walaupun doa mereka sampai ke arasy Allah swt, tetapi tanpa kesatuan dari semua rakan seusaha, bantuan Allah tidak akan turun. Utk itu, kesatuan hanya akan dtg dgn mesyuarat. Pentingnya mesyuarat ini, dalam solat Allah kaitkan solat dgn mesyuarat. Solat bersifat jemaah begitu juga dgn mesyuarat. Sangat penting mesyuarat dibuat seperti solat, ada imam, ada makmum, makmum perlu ikut segala kelakuan imam. Jika imam salah, maka makmum tidak tanggung kesalahan imam. Kita tak perlu risau dan bising jika amir tersalah atau langgar usul kerana amir itu akan bertanggungjawab sepenuhnya kesalahan dia, seperti imam tanggung salah makmumnya. Walaupun begitu, ada masanya imam boleh ditegur jika kesalahan yg besar. Tetapi yg layak tegur imam hanyalah makmum sahaja. Dan imam tidak boleh menerima teguran luar selain makmum. Jika imam terima teguran org luar solat, seluruh solat imam dan makmum akan terbatal. Utk menegur amir yg salah, mestilah jemaah yg bersama sama membuat usaha, sama sama buat ghast, sama sama buat amal masjid, pengorbanan yg sama, barulah dia boleh tegur amirnya. Hasil daripada mesyuarat lah, banyak masalah dpt diselesaikan dalam peperangan khandaq. Parit dapat digali, batu besar dpt dipecahkan, makanan para jemaah dpt diselesaikan. Begitulah kalau ada masalah atau perkara di tempat tuan tuan. Janganlah di kalangan kalian bermesyuarat bersama jemaah kecil dan org-org tertentu sahaja kemudian bawa ke nizamudin. Jangan buat begini. Bermesyuaratlah dahulu dengan ahli ahli yg sepatutnya dan selesaikanlah dengan hikmah.
Moga Allah terima semua pengorbanan tuan-tuan dan beri kefahaman yang betul atas usaha ini

Niat amal dan sampaikan...

No comments: