Bismillahirrahmanirrahiim...
Alim ulama menjelaskan bahawa berdasarkan Al Qur’an, ada lima tugas yang ditanggung oleh setiap umat Nabi Muhammad SAW, iaitu:
1. Tanggungjawab atas diri sendiri
“Jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka.” (QS. At Tahrim 6)
Setiap manusia dituntut untuk memperbaiki diri sendiri dan meningkatkan keimanan serta ketaatannya kepada Allah, agar terhindar dari api neraka.
2. Tanggung jawab Keluarga.
Selain diri sendiri, seorang mukmin juga bertanggungjawab menjauhkan keluarganya dari murka Allah, dan membawa mereka kepada redha-Nya.
3. Tanggungjawab atas kaum kerabat dan sahabat dekat.
Allah berfirman, “Dan peringatilah keluargamu dan kaum kerabatmu.” (QS. Asy syu’ara 214)
Setiap mukmin bertanggungjawab untuk mengajak kaum kerabat dan saudara-saudaranya mentaati Allah.
4. Tanggungjawab atas sesama muslim dan penduduk di sekitar
Allah berfirman, “Dan agar kamu memberi peringatan kepada (penduduk) “ibu negeri” (Mekkah) dan (orang-orang)yang di luar lingkungannya.” (QS. Al-An’am 92)
Setiap mukmin dituntut untuk memberi peringatan dan menyampaikan agama kepada penduduk di sekitarnya dan di luar lingkungannya.
5. Tanggungjawab seluruh manusia. Firman Allah.
“Kalian sebaik-baik umat yang dikeluarkan untuk manusia, menyuruh kebaikan dan mencegah kemungkaran dan beriman kepada Allah” (QS. Ali Imran 110)
Terakhir adalah tanggung jawab sebagai Khoiru Umat, iaitu sebaik-baik umat yang dipilih oleh Allah untuk menemui manusia untuk mengajak mereka kepada kebaikan dan menyelamatkan mereka dari murka Allah Ta’ala.
Kelima-lima tanggungjawab tersebut adalah tanggungjawab setiap muslim, dan untuk menunaikannya, kita tidak terikat oleh salah satu diantara yang lima tersebut.
Niat amal dan sampaikan.
No comments:
Post a Comment