Monday, November 2, 2015

Dakwah Wa Tabligh - Markas Banglawali Masjid Nizamudin -

Bismillahirrahmanirrahiim...

Allahuakhbar - Siapa dan apa yang ada di Markas Dakwah Tabligh Dunia di Banglawalee Masjid Nizamuddin India.

Alhamdulillah, semuga kita dirahmati Allah, Saudara disini sedikit info mengenai Markas Tabligh Dunia. Dari sini lah kerja Dakwah Tabligh di musyawarahkan dan diputuskan mengikut keputusan Ahli Syura seluruh dunia.
Menjawab beberapa Pertanyaan yang sering ditanya oleh banyak orang kenapa kah kami yang buat usaha Dakwah Tabligh selalu ke India. Maksud dan tujuan kesana tak dapat kami nak jelaskan secara terperinci hanya mereka yang pernah Khuruj 4 bulan IPB sahaja akan memahami maksud dan tujuan kami kesana.

Apakah yang ada disana dan siapakah yang berada disana..???

Semoga Allah Ta'ala memberi kita kefahaman yang bermanfaat -

Beberapa nasihat jika dipilih Allah SWT untuk belajar usaha Dakwah Tabligh kesana:
Nama Nizamuddin berasal dari nama seorang Ulama dan juga Auliyya (Wali) yang menetap dan juga di kebumikan di sini diNizamudin (jaraknya kira-kira 500 meter dari Masjid Markaz Bangla-Walee).

Masjid yang didirikan oleh ayah Maulana Muhammad Ilyas rah.a yaitu Maulana Muhammad Ismail rah (juga ayah Maulana Muhammad Yahya rah.a dan bapak saudara Maulana Muhammad Zakariyya rah). Masjid ini sekarang di huni oleh satu keturunan Kandhalawi yaitu Maulana Muhammad Saad yang salah satu keturunan mereka sampai kepada Amirul Mukminin Hadzrat Khalifah Syaidina Abu Bakar Ash-Shiddiq r.a .

Pada awalnya Masjid ini menjadi tempat persinggahan utama orang orang Mewat yang sering berulang alik melakukan perniagaan serta bekerja sebagai buruh di New Delhi. Ketika mereka melalui masjid ini, akibat kerisauan keatas kehancuran umat menjadi jauh dari agama maka Maulana Muhammad Ilyas telah menahan mereka dan berkata " sediakanlah waktu kalian untuk belajar agama dengan saya dan saya akan berikan upah sebagaimana keuntungan yang saudara saudara perolehi hasil daripada pekerjaan saudara-saudara semua... " ,

Maka disitulah bermulanya kisah bagaimana Usaha Tabligh di mulai.
Bermulanya kegiatan Usaha Tabligh sampai hari ini dengan di teruskan oleh generasi keluarga ini iaitu Maulana Saad Kandhalawi dan Almarhum Maulana Zubair Ul Hasan Kandhalawi dan di bantu oleh Masyaikh masyaikh yang lain seperti Maulana Ahmad Laat, Maulana Ibrahim Dewla, Maulana Mustakim, Maulana Shamin, Maulana Shaukat, Maulana Jamil, Maulana Ismail Godhra, Maulana Yaako'b dan juga kadang-kadang para asatizah madrasah sekitar India datang untuk berkhidmat di masjid ini.

Diantara yang kerap menziarah masjid ini ialah asatizah daripada Madrasah madrasah unggul seperti Deoaband, Nadwatul Ulama, Mazahirul Ulom dan sebagainya dan kadang kala para masyaikh dari Madrasah tersebut akan di undang dan di jemput untuk berkunjung ke Banglawalee Masjid untuk duduk bersama melihat dan bermuzakarah dan mereka ini dipertemukan dengan jemaah jemaah luar negeri yang datang khuruj di India ( jamaah luar negeri India )

Untuk mereka yang ingin bermusafaha (berjumpa) dengan para masyaikh lain seperti nama nama yang di sebut di atas, mereka berada di tingkat dua,diatas lantai tempat jemaah luar negeri (foreign jamaat), dibawah tempat tinggal jemaah dari Indonesia , Malaysia dan Arab. Untuk bermusafa dengan mereka, perlu adab, tidak perlu terlalu ghulu' (berlebih-lebihan) terhadap mereka cukup dengan memberikan salam kepada mereka, Jika kita bisa berbahasa Arab atau Urdu, boleh minta nasihat ataupun minta doa dari mereka.

Yang paling penting perlu mendapatkan izin dari khadim (pembantu masyaikh tersebut) kerana jika kita tidak mendapat izin khadim , akan dikwawatirkan mengganggu urusan mereka, perlu di ingatkan bahwa para masyaikh ada di antara mereka yang sudah uzur (tua sekali) , justru itu setiap perkara perlu izin khadim. Hal ini juga termasuk dalam tatacara beradab dengan para ulama yang di ajar oleh agama kita.

Bilamana kita berada disini kita akan selalu di ingatkan supaya mengambil bahagian dalam amalan Ijtima'i (Berjamaah) yang di lakukan di masjid ini. Memang tidak dipungkiri bahwa bazar (pasar) di sekitar masjid ini mempunyai daya tarik tersendiri, oleh karena itu kita semua perlu kuatkan semangat untuk mengambilkan bahagian dalam setiap amalan yang di lakukan oleh masjid ini.

Paling penting ialah ketika berada di masjid (markaz) ini,kita semua mesti ingatkan beberapa perkara diantaranya:

1.Musafaha dengan para masyaikh sebelum dan selepas solat Fardhu

2.Jangan tinggalkan masjid sehingga kita di arahkan untuk keluar dari masjid ini (keluar tasykil ataupun keluar atas keperluan-keperluan penting atau keluar atas maksud bergerak mahu pulang ke kampung negara masing-masing).

3. Senantiasa berwudhu' dan senantiasa berada di shaf pertama untuk solat dan sekiranya tidak maka coba berada di shaf kedua,kerana shaf pertama biasanya akan di khususkan untuk para masyaikh dari situ kita akan melihat secara dekat para masyaikh yang menunggu untuk bersholat yang akan di pimpin oleh Maulana Muhammad Saad.

4.Kebiasaanya Maulana Muhammad Saad akan memberikan bayan (ceramah) atau arahan selepas solat Shubuh, jangan kita terlepas kerana apa yang beliau arahkan adalah perkara perkara yang sangat penting dan biasanya kita tidak dengar di mana-mana Ijtimak (perkumpulan tahunan).

5.Usahakan supaya hanya makan makanan yang di sediakan oleh pihak markaz dan tidak makan di luar atau bazar (pasar).

6.Usahakan supaya dapat menghadiri dan melihat musyawarah dari negara-negara lain dari seluruh dunia yangmana ia di kendalikan oleh para masyaikh di dewan sholat utama dan musyawarah program masjid (markaz Bangla-Walee) disebuah di bilik Maulana Muhammad Saad .Kebiasaannya musyawarah ini bermula pada pukul 9 pagi., suasana haibah (pikir ) dapat dilihat daripada raut wajah mereka.Di situ juga kita akan dapat melihat pembawaan sunnah ketika mereka musyawarah.

7.Jangan ketinggalan mendengar bacaan Hayatush Sahabah yang dibacakan oleh Maulana Muhammad Saad,usahakan supaya dapat mengingati atau mencatat setiap bait-bait nasihat beliau.

8.Kadang-kadang Maulana Muhammad Saad memberikan Bayan Hidayat kepada jemaah tempatan, cubalah duduk jika mampu denga niat untuk belajar.

9.Untuk bermusafaha dengan Maulana Muhammad Saad sendiri, kita para jemaah dari luar diberikan kesempatan selepas bacaan Yasin selepas sholat Maghrib.

10.Jika berkesempatan,cobalah pergi ke dapur dan musafahalah dengan orang-orang khidmat dari Mewat ini, kita akan dapat melihat sendiri betapa berkatnya doa daripada Maulana Muhammad Ilyas. Kebiasaanya orang-orang Mewat ini di kenali dengan serban besar berwarna putih dan hitam.Temuilah mereka, mintalah nasihat dari mereka.Jika tidak pandai berbahasa Urdu, dapatkan seorang orang tempatan yang boleh menjadi mutarjim kepada mereka.Orang-orang Mewat di sini adalah orang yang mewakaf keseluruhan hidup mereka untuk berkhidmat kepada jemaah-jemaah yang berkunjung ke masjid ini.

11.Jika berkesempatan,cobalah temui seorang lelaki dari Perancis, beliau seorang engineer di Perancis,tetapi selalu khidmat di masjid ini. Kebiasaanya setiap bulan, beliau akan datang 3 hari dari Perancis untuk berkhidmat di sini.

12.Cobalah menziarahi makam para alim ulama seperti Maulana Muhammad Ilyas,Maulana Muhammad Yusof,Maulana Muhammad Inam Ul Hasan,Maulana Muhammad Ismail,Maulana Muhammad Yahya di sekitar perkarangan masjid Bangla-Walee juga menziarahi makam Maulana Umar Palanpuri,Maulana Muhammad Daud, Munsyi Basyir dan sebagainya di tanah perkuburan Nizhamuddin sekitar 2 km daripada kawasan Masjid Bangla-Walee.

13.Jangan meninggalkan sholat Tahajjud dan lihatlah bagaimana orang di markaz (masjid) ini menangis seperti anak anak kecil dalam solat tahajjud mereka. Jika kita lihat di shaf pertama, kita pasti akan mendengar tangisan mereka.Jika kita melihat wajah-wajah mereka,kita akan dapati mata mereka bengkak dan sembab kerana mereka menghabiskan hampir sepanjang malam menangis untuk umat ini.

Doalah kepada Allah SWT supaya jemaah kita di hantar ke tempat-tempat yang berdekatan dengan kawasan madrasah-madrasah (Shaharanpur) di negara bagian Uttar Pradesh banyak kawasan madrasah dan alim ulama di sana. dan berdoa lah juga pada Allah supaya kita dipilih untuk khuruj di Mewat iaitu sebuah negeri yang mana dari situ lah jemah pertama usaha Dakwah Tabligh dapat dikeluarkan oleh Hadzrat Maulana Muhammad Illyas, disana nanti kita akan melihat sendiri bagaimana orang orang Mewat yang hidup penuh kesederhanaan telah meletak kan kerja agama atau kerja Dakwah Tabligh sebagai kerja pertama mereka dan mintalah nasihat daripada mereka kerana mereka adalah ahlullallah yang mewakafkan diri dalam kegiatan Dakwah,Ta'alim dan Khanqah.Kata-kata mereka adalah nasihat.

Semoga Allah memilih kita semua untuk berada di jalan Allah dan berkunjung ke Nizamuddin.

Ya Allah afiatkanlah para masyaikh kami.
Niat amal dan sampaikan..

1 comment:

laguliling said...

InsyaAllah niat amal sampaikan